Saturday, December 29, 2012

Pengalaman Ujian Memandu





Assalamualaikum semua salammm satuu malaysiaaaaaaaaa...
hah semangat betul aku hari ini . Haha

Ok disebabkan hari ini aku boring nak buat assignment pun tak dak lagi so aku nak kongsi la pengalaman aku semasa mengambil ujian memandu kereta dan motor.

Untuk pengetahuan korang la ambil lesen nie la perkara paling best sebab kita tak payah buat kerja haram dah bila memandu atas jalan raya . hahhh gila kau kalau tak dak lesen, korang memandu atas jalan raya korang dipanggil pemandu haram korang nak ke ? aku tak nakk walaupun aku biasa jadi pemandu haram jugak . Pernah sekali aku jadi pemandu haram aku dengan sepupu aku, kami pergi beli barang sekolah sebab nak periksa kami pergi naik motor tapi tak pakai helmet ye la pergi jalan kampung malas la nak pakai helmet nak tunjuk heroin sangat. Elok aku keluar kedai aku tengok kawan aku yang satu kelas dengan aku dah kena saman. Masa tu kebetulan dia pun beli barang sekolah . Aku takut kena saman apa lagi aku telefon abah aku suruh mari ambil motor aku balik naik kereta dengan mama aku  haha .Takut punya pasai kena saman . haha . Oh yea pemandu haram aku disini adalah yang tak ada lesen ye bukan mat rempit! mat rempit memang haram dah walaupun ada lesen . haha



Pertama kali aku ambil lesen adalah lesen motor biasa la masa aku ambil tuh baru umur 17 tahun tapi kalau diiikutkan aku boleh amik lesen kereta sekali kan tapi ikut bulan aku tak cukup 17 aku baru je 16 ye la lahir akhir tahun  . Aku ambil lesen motor nie bukan apa aku pergi sekolah naik motor abah aku bagi naik motor so aku naik la tak payah dah aku nak kayuh basikal pagi2 buta. haha .dah la aku bunyi loceng pukul 7.30 ...7.25 baru aku pergi sekolah pastu nak pergi sekolah bukan dekat kalau kayuh basikal ada la 15 minit tunggu trafic light lagi lepas tuh gaduh la kena tahan dengan pengawas . haha tapi kesah plak aku buat lagi lepas tuh . haha

pertama sekali yang kita patut lalui ujian memandu adalah Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu) alolo .. gila kau mengantuk kot dengar dia dok pot pet pot pet.. First time aku pergi ambil lesen tuh kan abah aku nie tak bagi tau kena pakai kasut yang bertutup aku pun apa lagi pakai kasut raya la katekann . Nahh pergi sekali ada budak laki nie perli aku nak pergi supermarket ke ape cik kak . Apeeeee .. supermarket ?kurang ajaqqqqqq ... dalam hati aku dok sumpah lepas tuh cikgu kelas memandu tuh pun sama perli aku len kali pakai kasut bertutup ye adik . Aku pun malu tak tahu nak kata apa la .. balik rumah terus aku marah abah aku cakap kenapa tak bagi tau aku kata pakai kasut bertutup tapi abah aku wat tak tau ja .

Untuk ujian yang seterusnya pulak korang mesti menduduki Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya. Hah ujian nie paling aku tak suka dua kali aku ambik abes Rm60 abah aku terbang . Ye la masa mula2 ambil tuh aku ingat senang je aku pun apa lagi wat tak tahu je la tak baca buku kononnya otak cam budak MRSM . Tapi budak MRSM nak ambil lesen memandu pun mesti baca buku kan aku je bajet gud gud . haha . peduli apa aku .Yang bestnya setiap kali aku pergi belajar mesti kena ada peneman orang lain mesti pergi sorang2 je . haha kesah apa aku janji mesti ada orang teman aku ..

Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
Bila korang dah lulus test komputer tuh korang dah dapat L so korang bukan pemandu haram lagi tapi diingatkan korang kalu nak memandu mesti sorang je sebab L untuk SEORANG . Hah masa nie lau korang belajar cara menaiki motor dengan cara yang betul . Naik titi dengan masa ebih dari 8 saat baru lepas dan tak boleh jatuh . lepas tuh korang belajar macam mana cara break mengejut dan insyarat tangan . Haha masa nie aku asa memang tak boleh belah memang macam skema gila bawa motor . hahah. Ye la korang bayang kan sebelum nie korang naik motor macam mana tiba2 kena belajar bawa skema . Yang aku tak boleh tahan budak lelaki yang muka ganas2 tapi masa belajar tuh korang tengok skema diorang macam mana ada yang nak tunjuk hero sekali kena marah dengan cikgu memandu beru ada akal . haha . Aku nasib baik la dapat cikgu yang baik tak marah ajar aku tau . ehem2 !

Ujian pra kelayakan atau Q.T.I. . Ujian nie bila korang dah abes belajar teori dan amali tuh korang boleh buat ujian kelayakan yang mana bila korang lepas yang nie korang dah boleh test JPJ . Ujian nie senang je korang bodek2 sikit cikgu korang mesti dia bagi lulus tapi diingatkan juga kalau korang tak lulus korang kena buat lagi .

Ujian praktikal J.P.J. .Hah apabila korang dah sampai tahap nie bermakna anda dah hampir nak jadi pemandu yang berjaya dan boleh bawa motor or kereta dengan halal . haha . masa nie korang kena bawa betul2 dengan JPJ kita nak test bukan senang kadang-kadang2 kita dah rasa betul tapi bagi diorang salah .. So beware ye. hah tuh bagi ujian memandu untuk motor .

Bagi ujian memandu untuk kereta pulak. Kalau korang dah ada lesen motor korang tak payah dah nak buat ujian komputer tu semua yang perlu korang pergi wat Kursus Pra L  .Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8 – 10 jam. Tak macam motor yang kereta lama sikit . Tapi depend jugak kadang-kadang dah rasa dia boleh bawa tuh 6 jam pun dah ok dah boleh QTI terus .

Aku ingat lagi masa aku pergi belajar lesen memandu kereta nie aku dah la tak pandai bawa tiba2 cikgu tuh suruh bawa kereta aku nak start enjin pun tak reti weyyyy ! Lepas tuh apa lagi aku buat keras je dok dalam kereta tuh macam patung pastuh cikgu tuh kata apa lagi bawa la . Nak aku pun cari la suis nak start enjin kereta tiba kereta tuh jalan walaupun aku tak tekan apa2 lagi cuma bawa masuk gear 1 wey bangga wey tiba2! sebab kereta jalan, padahal lepas tuh cikgu tuh bagi tahu kereta dekat sini memang diorang dah set . Aku lepas tuh doubleeee what ?? haha yang tadi aku ingat dah berjalan dah kereta nie pandai la aku bawa kereta . haha

Ok untuk pengetahuan siapa yang tak ambil lesen lagi masa ujian memandu kereta nie korang kena belajar cara menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar

 yang dekat tempat korang daftar lesen korang. Dah korang lepas yang ini korang akan dibawa kejalan raya yang sebenar masa nie maybe korang akan rasa gementar sikit sebab kereta banyak tapi korang jangan risau sebab masa tuh korang tengah belajar orang tak boleh marah . Aku ingat sekali masa aku belajar ni aku nak keluar simpang tak reti dekat 15 minit aku dok situ . haha .. Cikgu aku yang dok sebelah pun rasa cuak kot sebab tengok cara aku bawa sebab tuh dia tak bagi aku keluar simpang lagipun masa tuh kereta banyak .. Kereta belakang aku jangan tanya la berapa biji dok bersusun. wakakaka ! peduli apa aku ... dah tak reti kan ..

Dah aku pandai bawa semua teori dan amali pun dah selesai aku pun buat ujian QTI ..  Dah lepas jugak ujian QTI aku pun buat la Test JPJ . Perghh masa ini jangan tanya la punya la ketaq .. Buat2 aku tak lepas ka . Maluuu laa ! Bukan malu pa malu kawan2 tanya hang buat berapa kali . haha .. Nak challenge la katakan .. Tiba-tiba time aku dipanggil untuk test masa tuh dalam litar baru .. hah terlampau ketaq yang tak boleh dikepong bagai artis korea datang malaysia yang terlampau sesak .. woii stop2 ayat jangan nak hiper sangat ok . First sekali adalah menaiki bukit . Haha . lawak gila korang masa aku naik bukit nie . Tiba2 kereta aku mati enjin .. kemudian Pakcik JPJ tuh pun suruh la aku turun balik .. Aku pun dengan muka yang tebal depan tuh ramai orang turun la slow2 kereta tuh kemudian test lagi sekali and seee aku lepassss .. yeayy ! hehe . lepas tuh side parking, 3 penjuru dan jalan raya.. semua aku lepas . Kemudian tunggu untuk yang jalan raya sebenar pulak .

Korang masa aku test ni aku dapat jpj muda and lelaki . haha . sportinggg abes arr .. siap masa aku drive dia ajak aku nyanyi je dalam kereta disebabkan aku control ayu aku pun  macam malu2 la ..kalau tidak Karoake Landmark Kulim tuh dengar suara aku jaaa. hahaha ... Aku dibawa ke jalan yang agak bukit2 aku kalau bukit nie yang lemah sikit tapi Alhamdulillah aku lepas dengan hanya sekali test .. syukur sangat . Lepas dapat lesen tuh apa lagi gila stereng arr wey abes ja mama dan abah aku balik kerja kereta diorang aku balas pergi ronda. haha..

Ok lah nie pengalaman dan serba sedikit cerita pasal ujian memandu aku nak cerita . byeeeee semuaaaa. hehe

p/s : Thanks abah, mama , fahmi , wani teman aku masa aku test kereta nieeee ! sayang hampa <3 font="font">

No comments:

Post a Comment