Okey hari ini aku nak kongsi sikit tips dengan korang tentang pemakaian warna terang. Kebanyak orang2 sekarang gemar memakai warna terang, ini kerana warna ini mampu memberikan mood kepada si pemakai serta tanggapan individu lain. Warna ini juga mampu mengubah perasaan serta mempengaruhi pemikiran orang yang menghadapinya.
Yang tuh yang bagi berani mencuba warna2 terang . Bagaimana pula untuk orang yang ingin memakai warna terang tapi takut nak memakai kerana terlampau terang la apa la padahal dalam hati nak bergaya sangat . Tapi warna terang ini kena pakai mengikut tempat dan waktu jangan main pakai ikut dan ja . Contoh , pergi "Night Market" pun nak pakai warna2 terang kang abang yang jual ayam pun nganga tengok korang . haha . Korang mesti tahu warna gelap untuk acara formal dan warna terang untuk informal.
Bagi anda yang ingin mencuba warna terang tapi takut mencuba semua apa kata anda cuba dengan memakai tudung warna2 terang. Ia boley membuatkan muka anda kelihatan lebih ceria . warna nie korang nak tau sangat penting dalam pemakaian seharian kita. Contohnya bila kita tengok kawan kita pakai warna baju terang2 "ishh cantiknyaaa... hahhhh ! apa tunggu lagi tak salah kita mencuba kerana apabila kita pakai baju terang2 ia mempengaruhi mood kita dan kita akan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai .
contohnya macam ini :
Perlu ke letak gambar aku napa tak letak gambar orang lain ? eh suka hati aku lah . haha tadela ini salah satu contoh pemakaian aku yang suka warna terang2 . hehe |
kadang orang tanya macam mana pula untuk orang berkulit gelap ?? kang pakai warna terang orang mengata pulak "dah la hitam dok p pakai2 warna terang adoiii sakit mata ja aku tengok" . hahhh opsss jangan sesekali berfikiran macam tuh kerana itu la yang melemahkan semangat korang kadang2 dalam pemilihan warna . tuh yang ashik dok p mai p mai pakai baju warna sama sebab apa ?? sebab takot nak mencuba takot orang mengata . Mulut orang kita memang tak boleh tutup tapi kadang untuk kepuasan diri untuk menampak kelainan pada diri sendiri tak salah kita mencuba .
Untuk orang berkulit gelap korang boley cuba warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik. Selain itu warna2 tanah yang lembut jugak merupakan pilhan yang tepat .
Bagi mereka yang tak mahu mencuba dengan pemakaian tudung or whateverla . korang boley cuba dengan aksesori warna2 terang . Contoh gelang yang berwarna warni ke ia sudah cukup membuatkan anda menyerlah, rantai ke . Selain itu handbag, contoh warna merah ke, biru terang ke, kuning ke sudah cukup tuh membuat anda kelihatan menarik walaupun baju korang warna lembut2 .. hahh tambah2 lagi kasut ! yesss kasut . orang apabila menilai diri kita ia akan tengok dari bawah sampai ke atas . so apa salahnya jika atas kurang menyerlah kita cuba serlahkan dengan pemakaian kasut contohnya kasut yang banyak beads yang warna terang2, kasut kulit warna2 terang . hah ok dah tuh .. tapi korang kena hati2 jugak jangan sampai membuat kan anda kelihatan pelik dan terlampau sesak sudah . hehe .
gabungan warna-warna terang dengan warna lembut jugak amat menarik contohnya warna pink terang dengan pink lembut .. wow ! ia sudah membuatkan anda kelihat sweet2 n manja gitewww . haha :P
Untuk pengetahuan anda semua bagi mereka yang memiliki badan agak sedkit chubby elok lah menggunakan pemakaian warna2 terang tapi jangan tiap2 hari terang . haha . kerana warna terang ia boley membuatkan anda kelihatan kurus kerana warna terang boleh menyembunyikan susuk2 badan . so bagi yang nak nampak kurus sentiasa cuba lah warna terangg .. hehe
ok lah sampai sini sahaja tips aku nak kongsi kali ini bagi yang tidak bersetuju dengan pendapat aku minta maaf ye . sekadar berkongsi pandangan . sharing is caring :) assalamualaikum .
alalala . comel nye sis . huhu . btw . thanks 4 da info =)
ReplyDeleteHEHE ! tadela! miss m kan lagi comel tau . hehe . oh yea welcome my dear :) and thanks for reading my entry :)
Delete