Wednesday, June 26, 2013

Tahukan anda ?

Assalamualaikum..
disebabkan dah lama aku tak update blog yang sudah ditinggal abad lamanya. haha (bohong kuat) rasa baru bulan-bulan dan boleh dikatakan dekat setahun.. Entah lorr.. haha

aku malas nak cakap banyak just nak share pic yang aku rasa aku patut kongsi dengan orang. Sharing is caring right..



Hah lepas nie amalkan air putih selalu ok. Aku pun dulu malas gak nak minum air masak. Sampai mama aku ni dok pong pang pong pang berleter sana sini cakap nak sakit ka bila hang tua nanti apa la. haha
Tapi tuh la kalau dah nama ketegaq hang cakap p la macam mana pun dok still jadi macam tuh jugak kan.

And  now, aku dah sedar air putih amat baik untuk kesihatatan kita sebab dia boleh membuang toksin2 dalam badan kita.. Lagi satu yang mana dok amik supplement tuh amalkan minum air masak banyak2 jangan dok p minum air manis2 or berkarbonat sebab air-air nie la yang serap ubat tuh so lambat la bila nak dapat effect kulit yang comel bila dok makan ubat mahal-mahal tapi kesan lambat, nak cepat amalkan air putih ye kawan-kawan...

ok lah bubyee .. Nanti kalau ada benda yang aku rasa aku patut kongsi aku kongsi dengan korang ok.. zassss...

Saturday, December 29, 2012

Pengalaman Ujian Memandu





Assalamualaikum semua salammm satuu malaysiaaaaaaaaa...
hah semangat betul aku hari ini . Haha

Ok disebabkan hari ini aku boring nak buat assignment pun tak dak lagi so aku nak kongsi la pengalaman aku semasa mengambil ujian memandu kereta dan motor.

Untuk pengetahuan korang la ambil lesen nie la perkara paling best sebab kita tak payah buat kerja haram dah bila memandu atas jalan raya . hahhh gila kau kalau tak dak lesen, korang memandu atas jalan raya korang dipanggil pemandu haram korang nak ke ? aku tak nakk walaupun aku biasa jadi pemandu haram jugak . Pernah sekali aku jadi pemandu haram aku dengan sepupu aku, kami pergi beli barang sekolah sebab nak periksa kami pergi naik motor tapi tak pakai helmet ye la pergi jalan kampung malas la nak pakai helmet nak tunjuk heroin sangat. Elok aku keluar kedai aku tengok kawan aku yang satu kelas dengan aku dah kena saman. Masa tu kebetulan dia pun beli barang sekolah . Aku takut kena saman apa lagi aku telefon abah aku suruh mari ambil motor aku balik naik kereta dengan mama aku  haha .Takut punya pasai kena saman . haha . Oh yea pemandu haram aku disini adalah yang tak ada lesen ye bukan mat rempit! mat rempit memang haram dah walaupun ada lesen . haha



Pertama kali aku ambil lesen adalah lesen motor biasa la masa aku ambil tuh baru umur 17 tahun tapi kalau diiikutkan aku boleh amik lesen kereta sekali kan tapi ikut bulan aku tak cukup 17 aku baru je 16 ye la lahir akhir tahun  . Aku ambil lesen motor nie bukan apa aku pergi sekolah naik motor abah aku bagi naik motor so aku naik la tak payah dah aku nak kayuh basikal pagi2 buta. haha .dah la aku bunyi loceng pukul 7.30 ...7.25 baru aku pergi sekolah pastu nak pergi sekolah bukan dekat kalau kayuh basikal ada la 15 minit tunggu trafic light lagi lepas tuh gaduh la kena tahan dengan pengawas . haha tapi kesah plak aku buat lagi lepas tuh . haha

pertama sekali yang kita patut lalui ujian memandu adalah Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu) alolo .. gila kau mengantuk kot dengar dia dok pot pet pot pet.. First time aku pergi ambil lesen tuh kan abah aku nie tak bagi tau kena pakai kasut yang bertutup aku pun apa lagi pakai kasut raya la katekann . Nahh pergi sekali ada budak laki nie perli aku nak pergi supermarket ke ape cik kak . Apeeeee .. supermarket ?kurang ajaqqqqqq ... dalam hati aku dok sumpah lepas tuh cikgu kelas memandu tuh pun sama perli aku len kali pakai kasut bertutup ye adik . Aku pun malu tak tahu nak kata apa la .. balik rumah terus aku marah abah aku cakap kenapa tak bagi tau aku kata pakai kasut bertutup tapi abah aku wat tak tau ja .

Untuk ujian yang seterusnya pulak korang mesti menduduki Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya. Hah ujian nie paling aku tak suka dua kali aku ambik abes Rm60 abah aku terbang . Ye la masa mula2 ambil tuh aku ingat senang je aku pun apa lagi wat tak tahu je la tak baca buku kononnya otak cam budak MRSM . Tapi budak MRSM nak ambil lesen memandu pun mesti baca buku kan aku je bajet gud gud . haha . peduli apa aku .Yang bestnya setiap kali aku pergi belajar mesti kena ada peneman orang lain mesti pergi sorang2 je . haha kesah apa aku janji mesti ada orang teman aku ..

Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
Bila korang dah lulus test komputer tuh korang dah dapat L so korang bukan pemandu haram lagi tapi diingatkan korang kalu nak memandu mesti sorang je sebab L untuk SEORANG . Hah masa nie lau korang belajar cara menaiki motor dengan cara yang betul . Naik titi dengan masa ebih dari 8 saat baru lepas dan tak boleh jatuh . lepas tuh korang belajar macam mana cara break mengejut dan insyarat tangan . Haha masa nie aku asa memang tak boleh belah memang macam skema gila bawa motor . hahah. Ye la korang bayang kan sebelum nie korang naik motor macam mana tiba2 kena belajar bawa skema . Yang aku tak boleh tahan budak lelaki yang muka ganas2 tapi masa belajar tuh korang tengok skema diorang macam mana ada yang nak tunjuk hero sekali kena marah dengan cikgu memandu beru ada akal . haha . Aku nasib baik la dapat cikgu yang baik tak marah ajar aku tau . ehem2 !

Ujian pra kelayakan atau Q.T.I. . Ujian nie bila korang dah abes belajar teori dan amali tuh korang boleh buat ujian kelayakan yang mana bila korang lepas yang nie korang dah boleh test JPJ . Ujian nie senang je korang bodek2 sikit cikgu korang mesti dia bagi lulus tapi diingatkan juga kalau korang tak lulus korang kena buat lagi .

Ujian praktikal J.P.J. .Hah apabila korang dah sampai tahap nie bermakna anda dah hampir nak jadi pemandu yang berjaya dan boleh bawa motor or kereta dengan halal . haha . masa nie korang kena bawa betul2 dengan JPJ kita nak test bukan senang kadang-kadang2 kita dah rasa betul tapi bagi diorang salah .. So beware ye. hah tuh bagi ujian memandu untuk motor .

Bagi ujian memandu untuk kereta pulak. Kalau korang dah ada lesen motor korang tak payah dah nak buat ujian komputer tu semua yang perlu korang pergi wat Kursus Pra L  .Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8 – 10 jam. Tak macam motor yang kereta lama sikit . Tapi depend jugak kadang-kadang dah rasa dia boleh bawa tuh 6 jam pun dah ok dah boleh QTI terus .

Aku ingat lagi masa aku pergi belajar lesen memandu kereta nie aku dah la tak pandai bawa tiba2 cikgu tuh suruh bawa kereta aku nak start enjin pun tak reti weyyyy ! Lepas tuh apa lagi aku buat keras je dok dalam kereta tuh macam patung pastuh cikgu tuh kata apa lagi bawa la . Nak aku pun cari la suis nak start enjin kereta tiba kereta tuh jalan walaupun aku tak tekan apa2 lagi cuma bawa masuk gear 1 wey bangga wey tiba2! sebab kereta jalan, padahal lepas tuh cikgu tuh bagi tahu kereta dekat sini memang diorang dah set . Aku lepas tuh doubleeee what ?? haha yang tadi aku ingat dah berjalan dah kereta nie pandai la aku bawa kereta . haha

Ok untuk pengetahuan siapa yang tak ambil lesen lagi masa ujian memandu kereta nie korang kena belajar cara menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar

 yang dekat tempat korang daftar lesen korang. Dah korang lepas yang ini korang akan dibawa kejalan raya yang sebenar masa nie maybe korang akan rasa gementar sikit sebab kereta banyak tapi korang jangan risau sebab masa tuh korang tengah belajar orang tak boleh marah . Aku ingat sekali masa aku belajar ni aku nak keluar simpang tak reti dekat 15 minit aku dok situ . haha .. Cikgu aku yang dok sebelah pun rasa cuak kot sebab tengok cara aku bawa sebab tuh dia tak bagi aku keluar simpang lagipun masa tuh kereta banyak .. Kereta belakang aku jangan tanya la berapa biji dok bersusun. wakakaka ! peduli apa aku ... dah tak reti kan ..

Dah aku pandai bawa semua teori dan amali pun dah selesai aku pun buat ujian QTI ..  Dah lepas jugak ujian QTI aku pun buat la Test JPJ . Perghh masa ini jangan tanya la punya la ketaq .. Buat2 aku tak lepas ka . Maluuu laa ! Bukan malu pa malu kawan2 tanya hang buat berapa kali . haha .. Nak challenge la katakan .. Tiba-tiba time aku dipanggil untuk test masa tuh dalam litar baru .. hah terlampau ketaq yang tak boleh dikepong bagai artis korea datang malaysia yang terlampau sesak .. woii stop2 ayat jangan nak hiper sangat ok . First sekali adalah menaiki bukit . Haha . lawak gila korang masa aku naik bukit nie . Tiba2 kereta aku mati enjin .. kemudian Pakcik JPJ tuh pun suruh la aku turun balik .. Aku pun dengan muka yang tebal depan tuh ramai orang turun la slow2 kereta tuh kemudian test lagi sekali and seee aku lepassss .. yeayy ! hehe . lepas tuh side parking, 3 penjuru dan jalan raya.. semua aku lepas . Kemudian tunggu untuk yang jalan raya sebenar pulak .

Korang masa aku test ni aku dapat jpj muda and lelaki . haha . sportinggg abes arr .. siap masa aku drive dia ajak aku nyanyi je dalam kereta disebabkan aku control ayu aku pun  macam malu2 la ..kalau tidak Karoake Landmark Kulim tuh dengar suara aku jaaa. hahaha ... Aku dibawa ke jalan yang agak bukit2 aku kalau bukit nie yang lemah sikit tapi Alhamdulillah aku lepas dengan hanya sekali test .. syukur sangat . Lepas dapat lesen tuh apa lagi gila stereng arr wey abes ja mama dan abah aku balik kerja kereta diorang aku balas pergi ronda. haha..

Ok lah nie pengalaman dan serba sedikit cerita pasal ujian memandu aku nak cerita . byeeeee semuaaaa. hehe

p/s : Thanks abah, mama , fahmi , wani teman aku masa aku test kereta nieeee ! sayang hampa <3 font="font">

Wednesday, December 26, 2012

APE JADI PENGACARA ??? LAYAK KE AKU NIE ?

Hello Hello !
Amboii lama kan aku tak update blog dah bersawang dah blog aku ni. Hah tengok terlampau excited sangat update blog sampai salam pun terlupa nak bagi . haha ! .. Assalamualaikum semua..

Diam tak diam dah nak masuk tahun baru dah kita kan . Mesti banyak kenangan yang korang lalui tahun nie kan kan . haha . Bagi aku kenangan banyak sangat tahun nie sampai tak ley nak cakap banyak .

Ok terlampau banyak aku dok menaip nie sampai lupa nak cita apa kena mengena dengan tajuk entri aku kali nie ? aku jadi pengacara ka ? haha . mesti korang terkejut kan . Actually tak la , aku cuma nak cita pengalaman aku macam mana aku terpaksa menjadi pengacara. Eh bukan pengacara nona or propaganzaaa yeee tuan tua jauhh sekali tu aku nak jadi propa ... wakaka.. cuma pengacara keropok lekor ok. haaaa kau aderrr .. tak de kan . haha

Dah jadi pengacara jadi pengarah filem plak . jadi video editor pulak . wah2 kauu mak jemah melampau ye job kau sampai banyak sekali . haha .  Nie sebenarnya aku punya assigment aku masa sem 3 . sekarang aku dah masuk sem 4 .. seeee .. aku dah sem 4 tinggal lagi 2 sem ja .. lepasss tuhhh ..kawennnnnn ! doubleeee whattt ? omaiged2 ! hahaha ... best sangat masa belajar sem 3 nie . kena buat video klip sendiri ok siapp upload dalam youtubeee ok nie semua lecturer aku la . kalau tidak no carry mark . hahhh amek kawwww jemah .. nak ke kau?? tak pandai nak berlakon tiba2 wat video klip .. aku buat video "Aku Suka Dia" wahhh bajet ainan tasneem gitu .. suara ainan tasneem tapi video klip aku, siap pergi buat kat pantai lagi tauu . wakaka .. feeling gituu maqq ... doubleee wowwww gituu dehh ! haha . Tapi nie video klip untuk assigment individu .


hahhhh ! katekann tengok feeling-feeling najwa latifff pulakkk .. kau haderrr ! gilerrr kau masuk youtube kot sapa yang jumpa video aku tuh nasib la nak bagi link sori laa .. i malu maqqqq ! haha



kalau korang nak tahu nie la Pantai Penarik yang filem Taiko buat pengambaran .. tapi iye belah2 hujung sana sikit. haha



hahhhh tuh baru mukadimah .. fuhh mukadimah pun kira panjang noh . haha ..ok nie aku nak cerita yang jadi pengacara actually aku dengan group aku kena wat video pasal dokumentari mengenai makanan.. so dah aku nie belajar Terengganu katakan aku pun buat la apa lagi yang femesss dekat sini kalau bukan keropokkk lekorrr ! hahh ingat senang nak jadi penagacara keropok lekor ? huhh .. bukan senang . haha jom check up my pic .. wakaka ...layannnnsss..


masa nie aku paksa makcik tuh berlakon macam buat jual la .. hah punya la aku paksa last sekali nak jugak kau kannn mokcik .. timo kasi la ye ..





mesti korang heran rajinnya aku tukar baju kan . haha . tak la aku shooting video nie dua hari okeyhhh ..kesah plak kau kan kalau aku cita pun . haha




hahh giler kau masa nie orang dah la tengah ramai yang dekat perpustakaan terengganu tu tapi untuk mendapat video yang terbaik buat jugak laa . haha .



kalau korang nak tahu apa production aku jom check up . amboii kau mak jemahhhh .. check up saje kannn .. doubleee overr gituh dehh ..

video

ohh ini la hasil kerja montaj akuu .. haha biasa la budak baru belajar....



ok nie kawan aku untuk segmen aku chef tak checff .HAHA . sorry ye Naaa femes kan kauu ..
oh .. video dokumentari nie aku tak dak yang ada dekat dia nie sorang je tidak ley tunjuk kat korang kan macam mana aku mengacarakan haha..

ok laaaaa bye byeeeeeeeeeeeeeeeee... terima kasih membaca

Wednesday, September 19, 2012

Respectt ! Respectt arr sikit



Assalamualaikum ... okey hari ini aku nak meluah sikit perasaan tentang segelintir masyarakat kita sekarang nie..
okey actually macam ni. Aku dengan kawan-kawan aku kami kena buat projek video tentang makanan tradisional. So nak dijadikan cerita aku dengan kawan-kawan aku memilih keropok lekor sebagai dokumentari projek kami. Disebabkan aku belajar dekat Terengganu nie aku rasa ok jugak buat pasal makanan ni. Lagipun kan keropok Terengganu memang sedap sebab ikan dia banyak tak macam kat negeri lain tepung ja banyak kalau makan pun boleh tercabut gigi garham.. nahh amik kauu . Tapi nak dijadikan cerita orang bila dah kaya dia akan jadi bongkak sikit. So untuk membuat projek tentang makanan keropok Terengganu ni aku dengan kawan-kawan aku pergi la area Kuala Terengganu untuk membuat rakaman tentang cara-cara membuat keropok bukan curi resepiiiii pun.

Pada first hari aku pergi. Aku pergi la setiap kedai jual keropok yang famous dekat Terangganu area mana aku malas nak bagitahu kang tak pasal-pasal aku kena bubuh kang. Bagus jugak aku kalau nak diikutkan aku , aku nak ja mention nama kedai sebab belagak sangat. fuhhh ! marah betul wey . serius bengangg .. tapi aku tak kisah maybe hari first aku pergi aku tak buat surat so lepas bincang dengan tuan kedai dia bagi la no telefon apa semua and nak surat so aku pun bersetuju la cakap nanti aku datang balik apa-apa hal aku akan call dia .

As ketua projek aku nak la video aku ni berjalan dengan lancar. So aku pun suruh la aku punya kawan call tuan punya kedai cakap kita orang nak buat shooting kat tempat dia. Lepas call apa semua dia cakap mari la.
Pada keesokkan harinya. Kita orang pun pergi la ke kedai keropok tu pas tuh aku cakap dengan bini dia yang dah tua tapi belagak nak mampoi .

Aku : "assalamualaikum makcik, kita orang dari kolej bla bla.. semalam kita orang ada kol pakcik nie (nama tak dimention) cakap kita orang nak wat shooting pasal cara-cara membuat keropok.. (dengan nada lembut aku bercakap walaupun aku agak brutal . hormat orang tua bro)

Makcik berlagak : (sambil layan tak layan buat-buat sibuk kononnya mengalah perdana menteri) hah call pakcik tunggu pakcik la, makcik sibuk tak tau apa-apa (dengan gaya belagak cakap) wahhh aku dalam hati amboi orang tua ni nasib baik orang tua je . atleast cakap ar lembut sikit.

Aku : oh ye ke . okey saya tunggu . tapi lama lagi ke makcik?

Makcik berlagak : hmm tak tau la tunggu la ..

Aku dengan kawan-kawan aku apa lagi bengang arrr derrrr ... kita orang pergi kedai siap buat temujanji call apa lagi bukan tak bagi tahu cakap nak datang tapi layan halai balai . dekat 30 minit aku tunggu laki dia. baru kuaq dari rumah.

Lepas dia keluar dari rumah dia tuh aku pun terus pergi jumpa dia sebab kita orang nak pergi shoot tempat lain lagi. Pas tuh pakcik tuh cakap okey pergi belakang tengok la .. arghh laki pulak .. Aku nak buat video nak kenal-kenal . tapi tak pa la maybe dia sibuk so kita orang tak kesah sangat kita orang pergi belakang tempat-tempat membuat keropok tuh . Nasib baik la ada abang ni dia la yang layan kita orang terang cara-cara macam mana buat keropok . pastuh aku nak shoot la gambar kat belakang kedai tuh ada ka patut makcik tua yang belagak bagus tuh cakap

"eh dah2 la sampai ke dalam bla bla" apa tak tau dia bising . aku yang tengah shoot video masa tu bengang gila pas tuh aku pergi jumpa abang yang bagi tau kami cara-cara buat keropok tuh aku tanya apa benda makcik tuh cakap sebab dia cakap Terengganu bukan aku nak faham sangat ..

Sampai time menguli la kot keropok lekor tuh mak cik tuh pun ada sekali. aku shoot la video masa proses tuh tahu dak makcik tuh cakap apa .

Makcik Berlagak : Dok mana ?

Aku pun cakap la kami mai dari mana.

Makcik berlagak : kenapa shoot video dekat sini kenapa tak pergi kedai-kedai sebelah ja kenapa tak pergi area
 belah korang study ja kenapa buat sini juga.

aku pun cakap la saja nak promote kedai makcik orang cakap kedai makcik femessssssssssss la sangattt..

Makcik : orang dah tahu dah kedai nie famous..

aku alah orang tua nie belagak gilaaa... kalau Allah nak tarik kejap ja kedai hang tuh lingkup..

Yang paling tak tahan wey .. masa kita orang dah abes shoot kita orang pun bagi la sedikit penghargaan .. boleh pulak laki dia tuh letak macam tuh je macam tak hargai apa yang kita orang bagi depan kita orang pulak .. aku memang tak abes dok sumpah . serius wey memang geram . if tak nak layan cakap ja tak payah aku dok kalut nak semak duit aku bayar duit sewa kereta nak pergi kedai yang layan orang entah apa-apa. bukan nak curi resepi pun just berkongsi cara-cara membuat . ini la orang melayu kalau dah kaya sikit belagak tak ingat dunia tak salah tolong student like us. orang buat baik kita pun balas baik. cuba layan kita baik next time kalau orang tanya dekat mana keropok Terengganu yang sedap boleh jugak kita orang promote kedai kan murah rezeki lagi tuh ..

Manusia ! Manusiaa ! If u want people respect you like you want learn how to respect people first . Take note.